Ahad, 29 Mac 2020

SELAMAT HARI DOKTOR (30 MAC 2020) DARIPADA AMEERAH MALAYSIA

 SELAMAT HARI DOKTOR

Ameerah Malaysia ucapkan buat semua doktor di Malaysia khususnya. Selamat bertugas kami ucapkan. Jasa dan pengorbanan kalian sangat kami hargai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap jerit perih kalian. Semoga Allah memelihara dan melindungi kalian dan seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah kalian. Andalah hero dan wira rakyat Malaysia. 
💪




Selasa, 24 Mac 2020

SELAMAT HARI POLIS (25 MAC 2020) DARIPADA AMEERAH MALAYSIA

 Di saat Malaysia menghadapi waktu genting. Kalian antara wira yang tidak didendang.

.
.
Selamat Hari Polis buat semua anggota polis seluruh Malaysia.
.
.


Semoga Allah swt terus memberi kekuatan buat kalian untuk terus berbakti kepada kami sebagai rakyat.
.
.
Anda adiwira sebenar!

#StayAtHome 
Lihat Sedikit

Ahad, 22 Mac 2020

HOMEWORK SEPANJANG TEMPOH KUARANTIN

 Menyambut baik seruan #StayAtHome, Ameerah Malaysia ada 'homework' untuk semua wanita muda yang bergelar AMEERAH. Haa, dah sedia belum?





Buat jangan tak buat. 
😄


#MuslimatMudaPAS 
Lihat Sedikit

Sabtu, 21 Mac 2020

#STAYatHOME #KEKALdiRUMAH DARIPADA AMEERAH MALAYSIA

18 MAC 2020 BERMULA PKP KUARANTIN CEGAH PENULARAN COVID-19 

Amacam 4 hari berkuarantin tu ?

.
Walau bosan atau apa istilah sekalipun Ameerah Malaysia nasihatkan teman-teman kekal di rumah dan buat aktiviti berikut. Alhamdulillah Allah bagi nikmat duduk rumah sampai bosan lah. Ada orang terpaksa bergadai nyawa demi menyelamatkan orang lain sampai tak sempat nak balik rumah pun. Jadi bolehlah kurang-kurangkan dah update status bosan tu jaga hati mereka jom!
.




Ini saat kita bersama harungi ujian ini. Terima Kasih kepada anda kerana mengikut arahan #StayAtHome. Kita jalankan tanggungjawap kita! Bersama kita selamatkan negara 
💪🏽


SALAM ISRA' MIKRAJ DARIPADA AMEERAH MALAYSIA

 Salam Isra' Mi'raj dari Ameerah Malaysia.



Sabtu, 7 Mac 2020

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC 2020

 HARI WANITA SEDUNIA: LUASKAN MAKNA KEPIMPINAN WANITA


Hari ini, kepimpinan wanita sering disinonimkan dengan penglibatan wanita sebagai pembuat dasar. Peratusan komposisi wanita sebagai ahli Lembaga Pengarah di syarikat tersenarai awam tertinggi (public listed companies) dan sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri menjadi kayu ukur kepada tahap penglibatan wanita dalam pembangunan negara.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh The World Bank yang bertajuk “Breaking Barriers: Toward Better Economic Opportunities for Women in Malaysia”, kajian menunjukkan bahawa 60.2% wanita Malaysia menyatakan bahawa kerja rumah sebagai faktor utama mereka memilih untuk berhenti kerja. Hal ini menunjukkan rata-rata wanita di Malaysia telah memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah selepas menerima kehadiran cahaya mata.

Memahami betapa pentingnya penglibatan wanita untuk menyumbang dalam pasaran buruh di Malaysia, program-program seperti “Career Comeback” adalah sangat baik dan perlu diteruskan bagi menggalakkan agar wanita yang menjadi suri rumah untuk kembali bekerja. Pada masa yang sama, inisiatif-inisiatif yang baru perlu terus diperkenalkan bagi memastikan suasana tempat kerja mesra ibu, seterusnya dapat membantu memudahkan wanita menguruskan keluarga.

Namun begitu, tanggapan bahawa wanita yang menjadi suri rumah sebagai membunuh potensi dan bakat kepimpinan yang boleh digunakan untuk membangunkan negara perlu diperbetulkan. Hakikatnya, peranan wanita yang menjadi suri rumah tidak terbatas kepada pengurusan rumah semata-mata. Wanita merupakan tonggak kesejahteraan keluarga dan berperanan penting sebagai pendidik generasi akan datang. Semua ini turut memerlukan ilmu dan skil kepimpinan yang mereka pelajari di universiti.

Khidmat suri rumah juga tidak wajar dihadkan kepada ruang lingkup keluarganya semata-mata. Suri rumah boleh melibatkan diri dalam aktivisme sosial, iaitu memanfaatkan bakat kepimpinan dengan kepedulian dan kecaknaan yang tinggi terhadap masalah-masalah ummah. Sekalipun jika wanita tersebut tidak bekerja, ilmu dan bakatnya boleh dimanfaatkan dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Surirumah juga digalakkan untuk menubuhkan platform yang boleh membantu mereka aktif menyuarakan pendapat, idea dan cadangan dalam penggubalan polisi yang membabitkan golongan wanita.

Oleh itu, saya menyarankan agar Hari Wanita pada tahun ini disambut dengan semangat baru bagi memaknakan peranan kepimpinan wanita dalam keluarga dan masyarakat walaupun mereka tidak menceburi bidang politik dan pekerjaan. Di kesempatan ini, saya juga mengharapkan agar sambutan Hari Wanita pada tahun ini tidak dicemari dengan acara yang bercanggah dengan syarak seperti himpunan yang mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Selamat Hari Wanita! Maknakan kepimpinan wanita walau di bidang mana pun kita berada.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Zuraida Md Noor
Ketua Pengarah Ameerah,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Mac 2020 / 13 Rejab 1441H



Isnin, 3 Februari 2020

HIMPUNAN AMEERAH SEMALAYSIA (HAMRA) TAHUN 2020




Gunung daik bercabang tiga,
Pulau pandan jauh ketengah,
Jemput semua jiran tetangga,
Kita meriahkan himpunan Ameerah.


.
Buat julung kalinya Ameerah Malaysia menganjurkan Himpunan Ameerah Se-Malaysia (HAMRA) yang menghimpunkan Jentera Ameerah seluruh negara.
🤩🤩🤩
.
🗓
01 FEBRUARI 2020
⏰
3.00 PM -6.00 PM
🏠
STADIUM NEGERI, KUALA TERENGGANU
.
Set Our First Mega Date Guys
😘


AMEERAH KAPAR


AMEERAH JOHOR


I’m a woman
Phenomenally.
Phenomenal woman,
That’s me.
Maya Angelou, "Phenomenal Woman"
-----
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Himpunan Ameerah Se-Malaysia (HAMRA) 1.0 berlangsung dengan meriah dan lancar.
Program ini menyaksikan kehadiran peserta-peserta dari pelbagai daerah dan negeri ke Terengganu termasuk Puchong untuk bersama-sama memberi sokongan bagi menjayakan HAMRA 1.0 ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat seluruh urusetia yang telah bertungkus lumus dari awal program sehingga selesai serta semua pihak yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung.
Semoga program ini menatijahkan dan melahirkan muslimat muda yang dapat menjadi agen memacu negara sejahtera dan menjadikan Islam sebagai agenda utama.
InsyaAllah kita jumpa di program akan datang.
Fatin Nur Lyana,
Ketua Ameerah Puchong

Alhamdulillah, tahniah
Ameerah Kelantan
atas kejayaan menerima Anugerah Ameerah Negeri Terbaik (tempat kedua) sempena Himpunan Ameerah SeMalaysia hari ini.
Terima kasih Ameerah Malaysia.
“Membujur lalu melintang patah, kita redah kerana Allah.”
Di sini kita bermula, semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang kerana Allah.
Kredit gambar: Ameerah Kelantan