Isnin, 19 Ogos 2019

BENGKEL WANITA BERKARISMA (SIRI 1.0)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....


Pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) telah berlangsungnya 
satu program yang penting buat seluruh Muslimat dan Ameerah kawasan Dungun 
di atas penganjuran program "BENGKEL WANITA BERKARISMA" 
anjuran Lajnah Penerangan & Hubungan Media DMPKD serta kerjasama Ameerah Kawasan Dungun.

Program tersebut bermula dengan pendaftaran seawal 8.00 pagi dan para peserta diberikan makanan sarapan sebagai alas perut sebelum mengikuti program yang dijangka berakhir pada jam 1.00 petang.

seterusnya, pada jam 8.30 pagi, pengerusi majlis memulakan program dengan menjemput Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Puan Hajah Khairiah Mokti 
bagi menyampaikan ucapan aluan serta merasmikan program bengkel ini.

Kemudian tepat jam 9.00 pagi, pengendali utama Bengkel ini memulakan program ini dengan penuh bertenaga dan bersemangat berkonsepkan ILMU + SANTAI.

gambar di bawah menunjukkan keadaan sepanjang program dijalankan:-





















 





 Bengkel tamat pada jam 1.00 petang dan semua peserta pulang dengan penuh perasaan gembira dan tidak sabar untuk menikuti bengkel pada siri yang berikutnya. 

sekian

Ahad, 4 Ogos 2019