Isnin, 30 September 2019

Selebriti Berhijab : Semoga Terus Istiqomah AMEERAH MALAYSIA

Selebriti Berhijab : Semoga Terus Istiqomah
AMEERAH MALAYSIA

1. Allâh Azza wa Jalla memerintahkan kepada isteri-isteri nabi dan wanita beriman untuk menutup aurat mereka sebagaimana firman-Nya :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allâh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzâb/33:59]

2. Ameerah Malaysia memuji keputusan ramai artis wanita Muslimah masa kini yang memilih untuk berhijab, lantas dengan pengaruh mereka sebagai selebriti memberi kesan yang besar kepada peminat.

3. Lantaran itu kami ingin mengucapkan tahniah kepada selebriti terkenal Jihan Muse yang mana tular baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mula berhijab.

4. Berhijrah bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi seorang diri, ia memerlukan pengorbanan dan jihad yang besar terutama dari sudut emosi.

5. Sebagai saudara seislam, kami menumpang rasa syukur dan rasa terpanggil berkongsi nasihat untuk sama-sama kita istiqomah mengerjakan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

6. Kita ini manusia biasa, ”Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban), jadi kita perlulah mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya dengan cara carilah *_support group_* yang boleh membimbing kita untuk terus istiqomah.

7. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai". (Hadis riwayat Ahmad)

8. Carilah kumpulan Usrah yang dapat memberi bimbingan dan menjadi pemangkin untuk kita terus istiqomah, sesungguhnya berada dalam lingkungan yang sama dengan kita akan membangkitkan semangat dalam diri.

9. Buat saudara Muslimah yang memilih untuk menanggalkan hijab setelah sekian lama menutup aurat, kami mendoa'kan kalian akan kembali menyarung hijab. Terkadang manusia keliru dan tak terdaya apabila berhadapan ujian menguji iman, namun semoga kalian terus dipayungi hidayah Allah untuk kembali menutup aurat demi redhaNya.

10. Akhir sekali, Ameerah Malaysia mendoakan semua wanita muda di Malaysia dapat terus istiqamah berhijrah kepada kebaikan dan meninggalkan unsur-unsur tidak baik agar kita dapat sama-sama bertemu di syurga nanti.

Pengarah Ameerah Malaysia,
Husna Hashim
08 Februari 2019 | 03 Jamadilakhir 1440H

Rabu, 11 September 2019

AKTIVITI ZIARAH KEBAJIKAN TARIK MINAT WANITA MUDA TERHADAP AMEERAH



Bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah...

Ameerah DUN Rantau ABANG bersama isteri ADUN Dun Rantau Abang (merangkap Ketua Muslimat PAS Dun RA)

menjankan rutin mingguan kami
Ziarah kebajikan menyantuni golongan belia muda wanita....

Antara mereka ada yang ibu tunggal, ibu yang baru melahirkan anak, golongan yang memerlukan bantuan...

Kami berusaha sedaya upaya mendekati dan
Menyelami masalah dan kegembiraan bersama-sama masyarakat terutama belia muda wanita ini...

Jika kalian mengenali dan mengetahui sahabat/ahli keluarga/teman kalian yang
Menetap di dalam kawasan dun Rantau Abang ini...

Untuk kami kunjungi & ziarahi,

Kalian boleh salurkan maklumat ke peti mesej kami...

Terima kasih..

Gembira kan hati dengan penuh syukur...
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah & Tahniah Ameerah Muslimat Muda PAS Dun Rantau Abang (Dungun, Terengganu) 
yang berjaya menjalankan program ini;


Hebahan:

🇲🇾 STREET DAKWAH BELIA BELIAWANIS MERDEKA DUN RANTAU ABANG 🇲🇾

Jom semua meriahkan Street Dakwah Belia Beliawanis Merdeka.
Street Dakwah kalini bertempat di Pasar Malam Taman Rakyat Jaya, Dungun.

Apa yang menarik Street Dakwah ni?

🇲🇾 Buskers
🇲🇾 Hadiah
🇲🇾 Kuiz Merdeka
🇲🇾 Kempen Kibar Jalur Gemilang

Dan banyak lagi...

Jom semua anak muda. Suara Merdeka 💪🇲🇾



galeri gambar sekitar program:-

USRAH TUNJANG TARBIYYAH (AMEERAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL)

Bismillahirrahmanirrahim...


Usrah Tunjang Kekuatan Amilin.
AMEERAH(Muslimat Muda PAS) perlu bersiap sedia dr segi ilmu dan kekuatan spiritual dan fizikal untuk berhadapan dengan cabaran masa kini.
Perkongsian yang sangat menyuntik semangat dari naqibah, iaitu Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS WP. Usrah gabungan yang julung kali diadakan ini membawa tajuk, "Kesatuan ummah & merdeka, Peranan Muslimat Muda".😊
Semoga usrah gabungan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan terus memberi inspirasi serta semangat kepada para muslimat muda khususnya.



Sirru ala barakatillah💚

KEPIMPINAN AMEERAH MUSLIMAT MUDA PAS AMPANG 2019/2021

Bismillahirrahmanirrahim...



Ameerah. Muslimat Muda PAS. 🌹
Jemput like dan follow Ameerah Ampang ya 🤗

REHLAH MUSLIMAT MUDA PAS KAWASAN PAPAR

Bismillahirrahmanirrahim


Beringgis, Papar - Muslimat Muda PAS Kawasan Papar hari ini berkumpul di dalam program Rehlah di Pantai Beringgis. Dalam kesibukan masing-masing, Muslimat Muda PAS Kawasan Papar cuba meluangkan masa untuk sama-sama berehlah untuk mengeratkan ukhuwah.


Medan dakwah di Daerah Papar ini khususnya amatlah luas. Oleh itu, kekuatan muslimat muda amat penting bagi menyampaikan dan menggerakkan agenda dakwah kita. Islam itu sangat indah dan perlu dikongsikan kepada semua.






Maka Muslimat PAS Kawasan Papar amat mengalu-alukan tenaga-tenaga muslimat muda untuk turut serta dalam menegakkan syiar Islam di Daerah Papar ini.
Muslimat itu diciptakan dengan banyaknya kelemahan, tetapi hadirnya dengan kelemahan itu juga dapat menggoncang dunia dengan kelebihan yang Allah kurniakan.